perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Sunday, 21 December 2014

kekal hendaknya


walaupun dalam gambar ni aku duduk yang paling belakang, tapi aku suka sebab nampak kurus...
dan aku suka juga keluar dengan kawan-kawan aku yang ni. sekurang-kurangnya ada pengalaman bersama yang gembira sebelum cerita kami tamat di sini. walaupun sebenarnya kami ramai, 12 orang tapi semakin hari cerita kami cuma tinggal yang ini. bukan tidak bersahabat lagi tapi masing-masing bersedia membawa haluan sendiri. semoga berjaya semua. semoga dan semoga persahabatan ini tak akan pernah mati dan sekadar menjadi lipatan sejarah di sini.
sayang perlu diungkap. aku sayang kamu semua.

Thursday, 11 December 2014

terasa

kalau aku mampu, aku mahu dunia tahu
bahawa kau meletakkan aku pada satu keadaan di mana aku tak akan pernah mampu untuk tersenyum bila di depanmu.
kau letakkan aku supaya aku tahu aku pernah buat kau rasa begitu
kau biarkan aku sendiri setelah kau  beri pelali kepada hati

antara kita, aku yang paling banyak terasa
terasa dengan setiap kata yang bagai duri mencucuk segala sendi,
malah sekeping hati yang pernah aku luka.

aku terasa bila suatu ketika ALLAH balas situasi yang sama bila aku mengaku cinta
aku terasa bila bisu katamu tidak seperti tanganmu yang masih mengintai setiap geriku
paling tidak sebuah rasa ingin tahu yang bertandang tanpa jemu.

kalau aku boleh kata tolong pergi tanpa setitis air mata,
akulah manusia paling bahagia,
tapi sungguh aku masih lagi tak mampu, walau tongkatku berganti, walau pelangi datang lagi, walau senyum tak pernah mati.