perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Friday, 13 November 2015

Kenapa cinta?


Cinta buat jiwa keras jadi perasa,
Buat kata pedas biasa-biasa jadi tersangat luka,
Setiap perkara jadi penting berkenaan dia,
Setiap kata dan tarikh jadi peristiwa
Bukan sahaja diingat setiap benda malah setiap patah bicara,

Cinta buat si tukang senyum bergenang air mata,
Buat si sedih menyulam tawa,
Buat si hambar bertukar karakter,
Dan buat si bisu mula bicara

Bagaimanapun cinta
Adakala berakhir bahagia,
Ada juga yang berselang tangis dan tawa,
Dan ada juga cinta hanya air mata luka.

Pernah dengar patah bicara orang bahagia?
Pernah dengar patah bicara cinta duka?
Kalau pernah, kenapa cinta?
Itu pilihan kita...

Wednesday, 4 November 2015

Terima kasih

Di suatu hari yang dingin, seorang remaja perempuan menghubungi tnbcareline,15454...
Entah, mungkin dia gentar sehingga di hujung perbualan dia terlupa satu perkataan keramat " terima kasih"
Lalu, di belakangnya ada suara halus memberi teguran "cakaplah terima kasih" gagap remaja itu untuk menutur perkataan keramat tersebut.
Dalam diam, aku mengakui tugas seorang ibu walau dalam sekecil apapun perkara. Mengingatkan jika terlupa. Walau hanya serangkai kata " terima kasih"
Terima kasih itu sebuah penghargaan bagi insan yang tak punya, tapi cukup bermakna jika maknanya disampai sempurna.
Terima kasih...
Gambar hiasan: cahayaislam.net

Friday, 9 October 2015

Tentang rindu

Bila dalam gurau aku tanya tentang rindu
Jawapannya "aku rindu kambing aku"
Pernah kau rasa macam ni..
Kias kau... sedikit melampau
Aku faham, mulut kau kurang cantik,
Tapi kata kau sering bermaksud terbalik.
Tapi aku belajar kenali hati,kenali budi... bukan mulut yang dibenci

Wednesday, 30 September 2015

Fasa 1 yang kecundang

Ini bukan cerita orang
Cerita aku yang terpandang, yang bukan juga cakap orang...
Aku dia,diizin tuhan untuk bercerita panjang, berkongsi kurang...
Jujur, aku tak terpandang sikit kurang yang dia gemburkan tapi memilih untuk mencukup kurang
Cumanya,saat kami berkongsi rasa yang sama, dia nampak bayang-bayang.. lalu dia minta untuk pulang, ulang seperti dulu, menolak setiap rasa yang berpangkal di ulu hati paling dalam...
Dan fasa 1 kecundang...
Sekian...

Monday, 21 September 2015

Keliru

Kawan
Aku tahu kau keliru dengan hati
Aku tahu kau keliru dengan perasaan
Kawan
Kau masih keliru dengan masa silam
Kau masih diburu dengan rasa bersalah meletak diri pada lembah duri dan hina
Kau masih tak mengerti tentang hati
Kau masih takut untuk berdiri
Kau tak berani pandang ke depan
Dengarkan aku kawan
Aku bukan pinta kau menongkat awan menunggu hujan
Tapi belajarlah terbang
Belajar mencari tuhan

DIA lebih mengerti akan hambanya..

Wednesday, 16 September 2015

Egokah aku

Beberapa hari lepas,aku ditanya oleh seorang hamba ALLAH

Dia: kamu kali terakhir jumpa bf bila?
Aku: 2 tahun yang lepas
Dia: baguslah

Aku dengan muka berkerut, aku senyum... apa dia ni tak suka orang lain jumpa jodoh ke?

Dia: habis bila langsungnya?

Ok, got it... aku yang salah faham rupanya, dia ingat aku jenis yang jaga hubungan sebelum nikah...
Alhamdulillah dia bersangka baik pada aku.

Aku: (ketawa) 2 tahun lepas,kali terakhir jumpa,dan tak akan jumpa lagi...
Dia: owh, kenapa tak cari?
Aku: susah nak carilah zaman ni
Dia: (senyum) nak cari yang macam mana,jangan ego,jangan cari ikut kehendak nafsu kita.. kita tak akan jumpa.

Aku cuma senyum sambil gelak-galak dan fikir...
Egokah aku???

Monday, 14 September 2015

TakdirNYA

Memang,memang dari dulu
Cinta kau tak pernah meresap serap dalam hati
Dalam sanubari
Bersama kau hati bagai dikunci
Rapat,erat dan padu dan jitu
Kau punya segala
Keluarga,kerjaya dan cinta
Cuma yang kau tak pernah ada
Cinta yang yang mampu mengganggu gugat rasa,
menggetar jiwa
Sahabat,
Kerana kita bermula dengan sahabat
Cintalah bagaimana
Sayanglah segenap jiwa
Taburlah seluruh cinta
Yang akan kau dapatkan nanti,
Tetap dia yang ALLAH cipta
Untuk bersama
Menjadi terbaik
Menjadi tercantik
Hanya untuk kamu sahabatku
Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta dan rindu
Tapi sahabatku, rasa itu bukan milikku
Dan hatiku tak pernah sekali jadi milik kamu
Kerana ALLAH lebih tahu dia terbaik buat kamu.

Sunday, 22 March 2015

yang terleka

aku pernah kata, kalau bukan dia mungkin kau orangnya. kau lupa?
atau kau rasa kau hanya pilihanku selepas dia? tak, kau selalu jadi yang pertama.
yang pertama dalam apa jua perkara.
kau mungkin tak perasan, kau pilihan pertama setiap masa
gembira,sedih, ketawa, ataupun air mata
kau tak perasan kaulah orangnya
orang yang aku pilih untuk bersama
selain wanita-wanita pendampingku sebagai sahabat setia.
cuma,soal janji telah mencampak aku jauh ke satu tempat
tempat yang aku kira telah menampakkan kau sebagai yang kedua
bukan lagi yang pertama,
percayalah, suatu masa kau akan tahu betapa kehadiran kau bukan yang kedua
kerana kau bukan sahaja sahabat seperti mereka yang aku cinta
tapi kau juga cinta yang aku terleka

RAHSIA CINTA vs Rasa Hati

Rahsia Cinta
Cahaya di matamu
Membuat aku terpaku
Membiarkan duka berlalu
Kerna kau yang ku mahu
dan yang aku tunggu-tunggu
Bertahun ku menyintaimu
Masih belom dapat ku rasakan
Bahagia untuk kita berdua
Mungkinkah kini kau sudah
Ada yang punya
Ku menahan rindu dihatiku
Ku tak mampu meluahkan cintaku
Hanya kerana aku takut
Tuk kehilangan dirimu
Ku biarkan diri ini merana
Semata ingin engkau bahagia
Tak mengapa andai aku mengalah
Inilah rahsia cinta
Pilunya rasa hati
Bila engkau tiada disisi
Namun kau tahu ku masih menanti
Datang kembali kepadaku
Ku akan menjagamu
Ku merindu kan dirimu
Ku merindu senyum dan tawamu
Dimanakah semua berlalu
Usah biarkan diriku
Menangis pilu
Ku menahan rindu dihatiku
Ku tak mampu meluahkan cintaku
Hanya kerana aku takut
Tuk kehilangan dirimu
Ku biarkan diri ini merana
Semata ingin engkau bahagia
Tak mengapa andai aku mengalah
Inilah rahsia cinta
Di manakah katamu
Di manakah janji-janji dahulu
Tak bisakah kau mengerti hatiku
Yang lama memandang rahsia
Rahsia cinta

sedalam makna sebuah lagu nukilan orang lain, aku cukup terasa...
kerana cinta itu bukan lagi rahsia setelah aku melafazkan kata
cumanya pada ketika yang sama, balasan rasa hati tidak pernah aku terima
lalu, aku simpan dalam hati bahawa cinta tak seharusnya dimiliki
lebih-lebih lagi untuk insan seperti aku
cukuplah aku tahu, kau bahagia dan selalu bahagia menggapai kejora 
atau terbang ke angkasa raya seperti yang kau mahu


Saturday, 3 January 2015

CINTA

cinta...
datangnya tak pernah tersangka
datangnya mungkin tiba-tiba

kerana cinta...
datangnya sebuah rasa
kasih mengasihi
sayang menyayangi

cinta...
datangnya pelbagai cara
datangnya mungkin dari mata
lalu turun ke jiwa.

kerana cinta...
orang buang keluarga
orang masuk penjara
atau mungkin sedang bahagia

cinta...
datangnya bersama tanggungjawab
sebagaimana,
mengaku cinta pencipta
lalu tunaikan suruhannya
mencintai manusia
menyayanginya seadanya

lalu cinta...
bukan salah sesiapa

kerana cinta...
sebuah anugerah rasa

lalu kita...
harus faham cinta itu apa
sebelum dan sesudahnya

agar cinta...
bukan penyebab luka
bukan peretak jiwa

sebaliknya cinta
penyatu jiwa luka
pemberi paling berharga
hadiah paling istimewa.

sambung ke tak?

bila orang tanya tak sambung master ke?
jawapan aku sangat senang "masuk bulan 9 kot"

tapi sebenarnya bulan 9 tu adalah masa yang aku pilih untuk mencari kembali motivasi
mencari kehidupan yang lebih baik
bukan bermakna aku tak mahu sambung...
tapi itu pilihan masing-masing
sebab...
1. bukan aku seorang yang masih belajar dalam keluarga
2. aku nak bagi abang aku kahwin
3. aku takut tak sempat nak bagi mak bapa aku merasa duit aku.
4. yang paling aku takut;
   a. aku belum bersedia
   b. aku main-main lagi
   c. aku terlalu banyak benda dalam otak yang belum selesai

fokus aku selalu lari-lari, jadi aku ambil keputusan untuk fikirkan semula. 
aku tahu, ijazah sekarang macam tahap SPM je.
tapi kalau aku sambung, aku macam menempah ruang untuk tidak berbuat apa-apa pada semester pertama.
sama ada aku sambung atau tak, biarkan menjadi persoalan

keliru mungkin jawapan yang paling tepat untuk aku sekarang ni.


                                             yang benar
                                            insan keliru