perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Saturday, 3 January 2015

CINTA

cinta...
datangnya tak pernah tersangka
datangnya mungkin tiba-tiba

kerana cinta...
datangnya sebuah rasa
kasih mengasihi
sayang menyayangi

cinta...
datangnya pelbagai cara
datangnya mungkin dari mata
lalu turun ke jiwa.

kerana cinta...
orang buang keluarga
orang masuk penjara
atau mungkin sedang bahagia

cinta...
datangnya bersama tanggungjawab
sebagaimana,
mengaku cinta pencipta
lalu tunaikan suruhannya
mencintai manusia
menyayanginya seadanya

lalu cinta...
bukan salah sesiapa

kerana cinta...
sebuah anugerah rasa

lalu kita...
harus faham cinta itu apa
sebelum dan sesudahnya

agar cinta...
bukan penyebab luka
bukan peretak jiwa

sebaliknya cinta
penyatu jiwa luka
pemberi paling berharga
hadiah paling istimewa.

No comments:

Post a Comment