perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Monday, 17 November 2014

Masam Manis Kehidupan.




Aku tak suka benda-benda masam,termasuk bau masam orang tak mandi.
Benda masam paling aku suka ialah gula-gula kenyal di atas.Nama gula-gula ni sour +. Masa pertama kali aku makan gula-gula ni, aku menjerit sebab terlalu masam. Masa tu gula-gula ni baru keluar. Seingat aku, gula-gula kenyal ni ada juga yang manis. Walaupun macam tu, aku tetap suka yang masam ni. 
Sebab?
1. Bila makan gula-gula ini, stress aku melayang-layang hilang
2. ini benda masam pertama yang menarik minat aku
3. gula-gula ini ada pelbagai rasa dan perasa kegemaran aku ada, iaitu seperti di atas.
4. gula-gula ni penghilang ngantuk paling mujarab. Kalau tak percaya gi beli.
5. gula-gula masam ni ada cerita tentang kehidupan

mesti tertanya-tanya kan cerita apa?

ceritanya tentang perjalanan kehidupan yang tak selalu indah
ceritanya tentang kita yang rebah dan bangkit bila puas sudah
ceritanya entang pengajaran, baik dan buruk aturan tuhan.
yang masam akan manis juga...
pengajaran disampai melalui gula-gula.

dan jika ada yang bertanya, jawapan saya:
gula-gula ini masam tapi ada manisnya. 

Sunday, 16 November 2014

lengkap melengkapi


Wanita memang perasa,
Tapi jangan mempertuhankan perasaan
sehingga selalu berprasangka yang salah

Lelaki memang berfikiran  logik.
Tapi jangan mempertuhankan logika 
Hingga tak peka dan mengerti perasaan wanita.


lelaki dan wanita itu dijadikan untuk menyempurnakan
kerana itu jodoh kita selalunya berlawanan dengan sikap kita
mungkin juga sering bertengkar kerana tak sependapat
tetapi hubugan semakin akrab.

kerana itu, jangan menolak wanita semudah bicara
kononnya dia tak dapat mengawal rasa
tetapi harus diingat, lelaki juga manusia logik
yang fikirnya tak mengerti wanita
tetapi saling  melengkapi dalam rantaian kehidupan.

JODOH lagi


Setinggi manapun usaha kita pikat hati seseorang, kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita, terima dengan hati terbuka.
Pasti jodoh kita ada tapi mungkin bukan dengan dia.
Pasti jodoh kita ada, tapi mungkin dengan orang yang belum kita jumpa.
Pasti jodoh kita ada tapi belum tiba masa.
Pasti jodoh kita ada tapi kita masih belum cukup bersedia.
Jodoh itu akan tiba saat kita benar-benar dewasa.


KERANA JODOH




Aku mengharap jodoh yang datang dari ALLAH
kerana itu, aku berhenti mempermainkan hati-hati mereka yang ikhlas
aku mula merasakan yang aku perlu menyerahkan urusan jodohku kepada tuhan (ALLAH). Di satu saat, aku cuba menutup pintu hatiku dengan rapat, agar tiada siapa yang dapat masuk, mahupun singgah sebentar.
Namun, fitrahnya manusia seperti aku memerlukan teman, sekurangnya untuk berbicara. dan adakala, aku merasakan bahawa aku sudah bersedia untuk memikul amanah sebagai seorang isteri dan ibu suatu masa nanti. Dan kerana rasa itu datang dari Allah, aku memohon juga pada ALLAH. Istikharahku tak bertemu jawapan. Namun dalam diam, ALLAH hadirkan seorang insan, walau dia masih bertatih di hatiku tapi aku tak harus menolak dia membabi buta. Aku harus tahu bahawa jodoh yang ALLAH hantarkan tak kira siapa mahupun di mana. Cuma, Saat ini, aku buntu...
Apakah rasa dia sepertiku?
Apakah ikhlas dia bersamaku?
Mampukah dia manerima aku?

Baik burukku?
Mahukah dia memimpin aku?
Bolehkah dia terus bertahan dengan egoku?
Mampukah aku menjadi wanita penyejuk matanya?
Mampukah aku membawa syurga untuknya?
Mampukah aku membawa senyuman di bibirnya?
Dan bolehkah dia bahagia bila bersamaku?
Dan aku yakin suatu perkara, ALLAH tidak menghadirkan dia tanpa makna. aku pasti dia mungkin hadir dari doa-doaku, atau mungkin dari kifarah dosa semalamku. Kalau sekalipun dia tidak dihadirkan untukku, aku percaya pasti ada manusia yang telah dicipta khas untuk aku, sesuai dengan siapa diriku.


Saturday, 8 November 2014

aku tahu


Aku tidak pernah sekali-kali menyalahkan tuhanku
Kerana luka dan kecewa yang diberi
Aku tidak pernah sekali-kali merasakan ketidakadilan tuhan
Kerana memberi luka yang teramat perit sakitnya.

Kerana aku tahu
Kifarah dosa-dosaku
Kerana aku tahu, tuhan tidak memberi aku luka
Hanya untuk melihat aku bertakungan air mata
Dan kerana aku yakin
Tuhan memberi ujian demi ujian
supaya aku sedar kehadiran tuhan dalam hidupku
supaya aku sedar yang liku-liku pada jalanku
bukan selamanya begitu



Thursday, 6 November 2014

hantarkan dia

Jujur, aku takut dengan bayang-bayangku sendiri
Sehingga ada ketika cemburu menyapa buta
Terkadang, aku tersalah tingkah
Lalu aku takut kecewa juga menyapa
Dan kadang, aku berlakon hebat dan kuat
Supaya mata manusia dan bibirnya tidak menghina
Supaya setiap mata memandang aku penuh karisma
Dan supaya aku terlihat gagah melangkah

Sebenarnya, tiap kali aku mengahadap TUHANKU
Aku menangis sepuasnya
Aku mahu semua berlalu tanpa cela
Kerana  itu aku minta pada ALLAH
Hantarkan dia yang pernah merasa apa itu kecewa
Sehingga dia tak sanggup untuk meluka
Hantarkan dia yang berlawan dengan keras dan egoku
Supaya pada ketika badai menimpa
Dia tetap terus berpegang pada tali kasihku
Menggapai tanganku tanpa rasa jemu



 p/s : terima kasih awak yang belajar memahami saya
         mencuba menerima kelemahan saya
         dan menyayangi saya seadanya

Wednesday, 5 November 2014

Warkah yang tak pernah kesampaian


Dan kerana cinta itu adalah lumrah sebuah kehidupan, aku menerima cinta si dia dengan hati terbuka. Walau sebenarnya, aku akui aku belum benar-benar bersedia. Cuma aku berani kata, aku kagumi sikapnya dan dari dia aku belajar tentang perlunya jujur dan setia. Lantaran itu, aku sulamkan dengan janji yang kami saling memiliki walau jauh kaki melangkah pergi.
Dalam aku tak sedar, aku mengenali kau. Dari kau, aku belajar erti bahagia, aku tahu bagaimana rasanya saat berair mata tapi aku masih mampu menyulam tawa. Kau ajarkan aku bagaimana menjadi wanita hebat, bagaimana menjadi wanita kuat. Kehadiran kau sebenarnya sangat bermakna, hingga aku langsung tak menyedari tentang kehadiran pelbagai rasa. Rasa perlu kau disisiku, rasa gembira saat kau buat aku tertawa, rasa marah jika kau buat aku kecewa, malah rasa sedih jika kau melupakan aku seketika.
Dan kerana aku sudah punya dia, aku tak mahu dia terluka. Aku terus memilih dia. Walau dia sering membawa duka. Pada aku, cinta kan ketawa dan air mata. Aku kuatkan jiwa, akal dan minda untuk tidak memungkiri janji pada dia. Walhal, hatiku telah lama tawar untuk terus cintai dia. Tapi aku tak mahu ada luka di hati sesiapa hasil dari perbuatanku. Dan kerana aku masih tidak mampu membuang dia yang pernah menerima aku seadanya.
Kau pula, manusia istimewa yang ALLAH  hantarkan sebagai hadiah. Dan atas nama sebuah persahabatan aku terus menyayangi kau. aku takut aku kehilangan kau, dan kesudian kau mendengarkan setiap keluhan dan esak tangis wanita luka seperti aku. Aku rasa diri berharga. Namun, aku tak pernah berani mengakui perasaan itu pernah wujud di hati. Cukuplah kau dan aku saling menyayangi sebagai sahabat sejati. Dan kau pun tahu kau pendamping yang setia menemani aku setiap waktu, menyejukkan setiap amarahku, memujuk setiap rajukku. Antara kita bagai tiada rahsia. Aku sayang kau sampai bila-bila.
Satu ketika, aku terasa yang kita semakin jauh. Kau seolah-olah menghindar dari terus menyayangi aku. Kau seperti tidak mahu menjadi teman yang paling sejati. Kau tahu, aku benar-benar kecewa, dan kerana aku tak sanggup untuk kehilangan kau. aku tercari-cari, cuba menjejaki. Tapi bila aku sedar, yang aku tak layak mencari kau lagi, kerana bersamaku kau hanya akan tersakiti. Dan aku tak mampu nak jaga hati kau macam kau jaga hati aku. Atas nama sebuah persahabatan, aku masih mencari kau. padahal hatiku menangis saat kau tiada, dan aku mula tertanya-tanya apakah kau juga punya rasa yang sama.
Dan saat kesetiaanku teruji, dalam diam dia sudah punya cinta yang lain. Jujur aku tak kecewa, kerana aku faham bahawa cinta manusia tidak kekal sifatnya. Mungkin dia juga seperti aku yang sudah tawar. Tapi aku kecewa, kerana dia tidak berterus terang dan masih memberi harapan. Aku kecewa tapi bukan bermakna aku terlalu cintakan dia. Sebaliknya kerana aku rasa sia-sia aku terus setia dan memadam segala rasa.
Waktu itu, aku mahu kehadiran kau di sisiku. Tapi aku tahu, kau tidak lagi seperti dulu. Mungkin ada silap tingkahku atau kau sudah punya teman yang baru. Puas, puas aku berfikir. Sama ada terus berdiam atau mencari kau yang hilang. Aku buat keputusan untuk mencari jejakmu hingga ketemu. Percayalah, aku tidak datang kerana aku kecewa dengan dia, aku tidak datang kerana aku sunyi, dan aku tidak datang untuk menagisi pemergian dia di hadapan kau. sebaliknya, aku datang kerana aku baru sedar bahawa kau punya segala penawar yang aku tak akan pernah jumpa pada sesiapa. Kau bagiku anugerah terindah yang tak mampu aku bayar walau dengan seluruh isi bank dunia.
Sebuah penyesalan sebenarnya sudah tidak berguna. Tetapi, aku mahu kau tahu, bahawa aku mohon kau terus ada bersama hari-hariku. Dan tak akan pernah meninggalkan aku. Aku semakin buntu, wajarkah aku meluahkan isi hatiku atau aku harus berdiam dan berdoa semoga ada jodoh antara kita. Dalam diam, aku berdoa bahawa kaulah orangnya yang akan membawa aku ke jalan redha. Namun, aku juga manusia biasa, aku punya khilaf yang nyata. Aku tidak sabar menunggu kau kembali kepadaku. Aku tekad berterus terang, aku membuang berinci2 tebalnya mukaku hanya kerana aku mahu tahu, sayangkah kau padaku. Dan itu antara perkara yang aku kesalkan, kau terus berdiam. Aku tak ketemu sebarang jawapan tetapi aku terus kehilangan kau.
Kau tahu, walau beribu penyesalan yang aku zahirkan, kau tetap tak akan pernah memilih aku. Dan walau beribu kata-kata yang aku katakan, belum tentu kau akan kembali walau sebagai teman. Dan aku hanya mampu menahan segala esak tangis sebuah penyesalan. Kau tahu, aku rasa seperti dunia ini mati. setiap bangun tidurku, aku harap semalam adalah mimpi. Kerana aku sangat berharap yang kau tak akan pergi.
Berminggu, aku masih harap kau kembali. Tapi harapan seolah-olah mati. dan aku, aku tak akan terus berdiri di sini. Selepas warkah ini menemui noktahnya yang terakhir, aku berjanji untuk membuang perasaan ini. Dan sejujurnya, aku tak pernah berharap balasan pada sebuah perasaan. Aku juga tidak pernah mengharapkan yang kau juga punya rasa yang sama. Aku mahu mencari redha Ilahi sebelum aku menemukan kembali sebuah cinta yang suci. Kerana kita pernah bersahabat, aku doakan kau bahagia dunia akhirat. Aku doakan kau punya hidup sentiasa berkat.
Walau warkah ini tak pernah kau lihat dan tak mungkin akan kau lihat. Aku harap kau mengerti. Saat aku perlu melangkah pergi, aku pergi supaya hati aku tidak terus menyajungi sebuah rasa buat manusia. Aku mungkin akan berdiam diri, itu kerana aku mahu kau terus selesa tanpa mendengar sebuah nama “aku”. Anggaplah yang berlaku ini hanya sebuah lipatan sejarah sebagai kenang-kenangan. Dan mungkin juga sebagai pengajaran.


Tamat sudah sebuah warkah yang tak kesampaian bersama seorang aku yang kehilangan pemberian. 21/10/2014.

yakinkah?

yakinkah kamu yang duduk bersimpuh,
ketawanya tertutup mulutnya
suaranya penyedap halwa telinga
senyumnya manis di mata
wajahnya cantik tiada cela
wanita yang benar-benar kau damba?
atau kau mungkin tak sedar
yang kau lihat hanyalah sedap di mata
tapi hanya sandiwara
kau rasa dia yang cukup molek tutur katanya
tidak pandai berkata nista?
kau rasa dia yang cukup santun tingkahnya
adabnya dijaga sampai bila-bila?
bagaimana jika satu hari
kau dengar dia memaki mencaci?
bagaimana pula jika ada ketika
kau lihat dia pada sisi yang berbeza
apa kau yakin kau tidak akan pernah berubah?
apa kau yakin kau akan tetap mendamba dia?

mungkin kau tak sedar yang ketawa selamba
yang mukanya biasa-biasa
yang selalu lantang bersuara
yang selalu kau kata gila-gila
yang kalau senyum sampai telinga
yang kalau menyanyi lari ritma bunyinya
punya aura yang berbeza
atau mungkin kau tak perasan
kehadiran dia yang biasa-biasa
hanya untuk melihat kau ketawa
hanya untuk terus setia bersama
dan lagi parah, bila kau sedar
dia sudah pun berpunya
atau kau hanya mampu melihatnya
itupun sebentar cuma,
kerana kau sudah cukup malu
untuk mengaku
yang kau pernah bahagia di sisinya.

Saturday, 1 November 2014

Jodoh vs kedewasaan


Seringkali orang akan bertanyakan, bila kita akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Soalan itu seolah-olah menjadi soalan wajib terutama apabila menghadiri majlis perkahwinan sahabat atau kawan-kawan di kampung. Apatah lagi dalam usia yang sudah menginjak angka 2 di depan.
Jika kita sudah mempunyai pilihan mungkin mudah untuk kita memberi jawapan dengan senyuman. Bayangkan pula jika kita masih sendirian dan tidak mempunyai teman. Ataupun kita masih tidak mempunyai calon cadangan. Pasti terasa berat mulut untuk menyatakan. Sedih, dan terasa kecil hati dengan setiap pertanyaan, apalagi jika pelbagai tanggapan pula dihadiahkan seperti, jual mahal, sombong atau mungkin ada yang cakap terlalu kejar cita-cita sampai tak ingat yang kita semakin tua.
Sabarlah dengan setiap perkataan dan pertanyaan. Kerana disetiap yang namanya berjodoh itu ALLAH telahpun tentukan. Mungkin lambat, atau agak lewat. Percayalah, jodoh akan datang bila kita benar-benar bersedia untuk bersama-sama melalui pahit maung sebuah kehidupan. Jodoh yang Allah tentukan tidak akan datang terlalu awal sehingga kita langsung tak bersedia. Jodoh akan datang tepat pada masanya, waktu kita benar-benar dewasa dan mampu menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan.


22/10/2014