perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Wednesday, 5 November 2014

yakinkah?

yakinkah kamu yang duduk bersimpuh,
ketawanya tertutup mulutnya
suaranya penyedap halwa telinga
senyumnya manis di mata
wajahnya cantik tiada cela
wanita yang benar-benar kau damba?
atau kau mungkin tak sedar
yang kau lihat hanyalah sedap di mata
tapi hanya sandiwara
kau rasa dia yang cukup molek tutur katanya
tidak pandai berkata nista?
kau rasa dia yang cukup santun tingkahnya
adabnya dijaga sampai bila-bila?
bagaimana jika satu hari
kau dengar dia memaki mencaci?
bagaimana pula jika ada ketika
kau lihat dia pada sisi yang berbeza
apa kau yakin kau tidak akan pernah berubah?
apa kau yakin kau akan tetap mendamba dia?

mungkin kau tak sedar yang ketawa selamba
yang mukanya biasa-biasa
yang selalu lantang bersuara
yang selalu kau kata gila-gila
yang kalau senyum sampai telinga
yang kalau menyanyi lari ritma bunyinya
punya aura yang berbeza
atau mungkin kau tak perasan
kehadiran dia yang biasa-biasa
hanya untuk melihat kau ketawa
hanya untuk terus setia bersama
dan lagi parah, bila kau sedar
dia sudah pun berpunya
atau kau hanya mampu melihatnya
itupun sebentar cuma,
kerana kau sudah cukup malu
untuk mengaku
yang kau pernah bahagia di sisinya.

No comments:

Post a Comment