perjalanan kehidupan
Monday, 17 November 2014
Masam Manis Kehidupan.
Aku tak suka benda-benda masam,termasuk bau masam orang tak mandi.
Benda masam paling aku suka ialah gula-gula kenyal di atas.Nama gula-gula ni sour +. Masa pertama kali aku makan gula-gula ni, aku menjerit sebab terlalu masam. Masa tu gula-gula ni baru keluar. Seingat aku, gula-gula kenyal ni ada juga yang manis. Walaupun macam tu, aku tetap suka yang masam ni.
Sebab?
1. Bila makan gula-gula ini, stress aku melayang-layang hilang
2. ini benda masam pertama yang menarik minat aku
3. gula-gula ini ada pelbagai rasa dan perasa kegemaran aku ada, iaitu seperti di atas.
4. gula-gula ni penghilang ngantuk paling mujarab. Kalau tak percaya gi beli.
5. gula-gula masam ni ada cerita tentang kehidupan
mesti tertanya-tanya kan cerita apa?
ceritanya tentang perjalanan kehidupan yang tak selalu indah
ceritanya tentang kita yang rebah dan bangkit bila puas sudah
ceritanya entang pengajaran, baik dan buruk aturan tuhan.
yang masam akan manis juga...
pengajaran disampai melalui gula-gula.
dan jika ada yang bertanya, jawapan saya:
gula-gula ini masam tapi ada manisnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment