perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Saturday, 1 November 2014

Jodoh vs kedewasaan


Seringkali orang akan bertanyakan, bila kita akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Soalan itu seolah-olah menjadi soalan wajib terutama apabila menghadiri majlis perkahwinan sahabat atau kawan-kawan di kampung. Apatah lagi dalam usia yang sudah menginjak angka 2 di depan.
Jika kita sudah mempunyai pilihan mungkin mudah untuk kita memberi jawapan dengan senyuman. Bayangkan pula jika kita masih sendirian dan tidak mempunyai teman. Ataupun kita masih tidak mempunyai calon cadangan. Pasti terasa berat mulut untuk menyatakan. Sedih, dan terasa kecil hati dengan setiap pertanyaan, apalagi jika pelbagai tanggapan pula dihadiahkan seperti, jual mahal, sombong atau mungkin ada yang cakap terlalu kejar cita-cita sampai tak ingat yang kita semakin tua.
Sabarlah dengan setiap perkataan dan pertanyaan. Kerana disetiap yang namanya berjodoh itu ALLAH telahpun tentukan. Mungkin lambat, atau agak lewat. Percayalah, jodoh akan datang bila kita benar-benar bersedia untuk bersama-sama melalui pahit maung sebuah kehidupan. Jodoh yang Allah tentukan tidak akan datang terlalu awal sehingga kita langsung tak bersedia. Jodoh akan datang tepat pada masanya, waktu kita benar-benar dewasa dan mampu menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan.


22/10/2014

No comments:

Post a Comment