Ini bukan cerita orang
Cerita aku yang terpandang, yang bukan juga cakap orang...
Aku dia,diizin tuhan untuk bercerita panjang, berkongsi kurang...
Jujur, aku tak terpandang sikit kurang yang dia gemburkan tapi memilih untuk mencukup kurang
Cumanya,saat kami berkongsi rasa yang sama, dia nampak bayang-bayang.. lalu dia minta untuk pulang, ulang seperti dulu, menolak setiap rasa yang berpangkal di ulu hati paling dalam...
Dan fasa 1 kecundang...
Sekian...
perjalanan kehidupan
Wednesday, 30 September 2015
Fasa 1 yang kecundang
Monday, 21 September 2015
Keliru
Kawan
Aku tahu kau keliru dengan hati
Aku tahu kau keliru dengan perasaan
Kawan
Kau masih keliru dengan masa silam
Kau masih diburu dengan rasa bersalah meletak diri pada lembah duri dan hina
Kau masih tak mengerti tentang hati
Kau masih takut untuk berdiri
Kau tak berani pandang ke depan
Dengarkan aku kawan
Aku bukan pinta kau menongkat awan menunggu hujan
Tapi belajarlah terbang
Belajar mencari tuhan
DIA lebih mengerti akan hambanya..
Wednesday, 16 September 2015
Egokah aku
Beberapa hari lepas,aku ditanya oleh seorang hamba ALLAH
Dia: kamu kali terakhir jumpa bf bila?
Aku: 2 tahun yang lepas
Dia: baguslah
Aku dengan muka berkerut, aku senyum... apa dia ni tak suka orang lain jumpa jodoh ke?
Dia: habis bila langsungnya?
Ok, got it... aku yang salah faham rupanya, dia ingat aku jenis yang jaga hubungan sebelum nikah...
Alhamdulillah dia bersangka baik pada aku.
Aku: (ketawa) 2 tahun lepas,kali terakhir jumpa,dan tak akan jumpa lagi...
Dia: owh, kenapa tak cari?
Aku: susah nak carilah zaman ni
Dia: (senyum) nak cari yang macam mana,jangan ego,jangan cari ikut kehendak nafsu kita.. kita tak akan jumpa.
Aku cuma senyum sambil gelak-galak dan fikir...
Egokah aku???
Monday, 14 September 2015
TakdirNYA
Memang,memang dari dulu
Cinta kau tak pernah meresap serap dalam hati
Dalam sanubari
Bersama kau hati bagai dikunci
Rapat,erat dan padu dan jitu
Kau punya segala
Keluarga,kerjaya dan cinta
Cuma yang kau tak pernah ada
Cinta yang yang mampu mengganggu gugat rasa,
menggetar jiwa
Sahabat,
Kerana kita bermula dengan sahabat
Cintalah bagaimana
Sayanglah segenap jiwa
Taburlah seluruh cinta
Yang akan kau dapatkan nanti,
Tetap dia yang ALLAH cipta
Untuk bersama
Menjadi terbaik
Menjadi tercantik
Hanya untuk kamu sahabatku
Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta dan rindu
Tapi sahabatku, rasa itu bukan milikku
Dan hatiku tak pernah sekali jadi milik kamu
Kerana ALLAH lebih tahu dia terbaik buat kamu.