perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Saturday, 3 January 2015

CINTA

cinta...
datangnya tak pernah tersangka
datangnya mungkin tiba-tiba

kerana cinta...
datangnya sebuah rasa
kasih mengasihi
sayang menyayangi

cinta...
datangnya pelbagai cara
datangnya mungkin dari mata
lalu turun ke jiwa.

kerana cinta...
orang buang keluarga
orang masuk penjara
atau mungkin sedang bahagia

cinta...
datangnya bersama tanggungjawab
sebagaimana,
mengaku cinta pencipta
lalu tunaikan suruhannya
mencintai manusia
menyayanginya seadanya

lalu cinta...
bukan salah sesiapa

kerana cinta...
sebuah anugerah rasa

lalu kita...
harus faham cinta itu apa
sebelum dan sesudahnya

agar cinta...
bukan penyebab luka
bukan peretak jiwa

sebaliknya cinta
penyatu jiwa luka
pemberi paling berharga
hadiah paling istimewa.

sambung ke tak?

bila orang tanya tak sambung master ke?
jawapan aku sangat senang "masuk bulan 9 kot"

tapi sebenarnya bulan 9 tu adalah masa yang aku pilih untuk mencari kembali motivasi
mencari kehidupan yang lebih baik
bukan bermakna aku tak mahu sambung...
tapi itu pilihan masing-masing
sebab...
1. bukan aku seorang yang masih belajar dalam keluarga
2. aku nak bagi abang aku kahwin
3. aku takut tak sempat nak bagi mak bapa aku merasa duit aku.
4. yang paling aku takut;
   a. aku belum bersedia
   b. aku main-main lagi
   c. aku terlalu banyak benda dalam otak yang belum selesai

fokus aku selalu lari-lari, jadi aku ambil keputusan untuk fikirkan semula. 
aku tahu, ijazah sekarang macam tahap SPM je.
tapi kalau aku sambung, aku macam menempah ruang untuk tidak berbuat apa-apa pada semester pertama.
sama ada aku sambung atau tak, biarkan menjadi persoalan

keliru mungkin jawapan yang paling tepat untuk aku sekarang ni.


                                             yang benar
                                            insan keliru