perjalanan kehidupan

perjalanan kehidupan

Saturday, 18 October 2014

lagu dan irama

ini tentang lagu dan irama...
bila kita boleh menyanyikan lagu dan menari ikut irama,
kita rasa bangga.ya, mungkin 'dia' tidak boleh menyanyi sehebat kita,tetapi 'dia' boleh mencipta tariannya.mungkin juga 'dia' tidak boleh menari seperti kita,tetapi lantunan suaranya membuat seisi dunia terpana.kita yang kononnya hebat menyanyi ini,adakala terkeluar suara membingit telinga. kita yang hebat menari ini,adakala tersalah langkah, sumbang tariannya.jadi, kita yang kononnya serba serbi ini, sebenarnya tiada apa-apa berbanding 'dia'



by:si cantik

8/10/2013
kredit to anggerik hutan.

sahabat

sebelumnya, kita memilih lagu yang sama
kita berkongsi melayan rentaknya
tapi tidak akan pernah sama cara kita menyanyikannya

begitu juga sahabat
kita memilih untuk bersama
berkongsi kasih yang sama
tapi kita tetap punyai sikap yang berbeza...

adakala, nada yang berbeza
lagu jadi 'hingar bingar'
tapi percayalah kita yang harus bijak memainkan irama
supaya yang sumbang sedap didengar.

by: si cantik

7/10/2013
kredit to anggerik hutan

seorang wanita biasa

Nampaknya seperti wanita biasa
Gaya dan sifatnya mempesona
Senyuman indah terukir diwajahnya
Langkah diatur  terserlah karisma
Seorang wanita menentang arah

hadirnya dia membawa warna
bukan hanya sekadar ada
suatu ketika ditangannya
 anak kecil menjadi dewasa
telah terlahir pewaris bangsa

tiada beza apapun bangsa
menjalankan tugas penuh wibawa
integriti diri sering dijaga
menjamin minda kelas pertama
kerana tanggungjawabnya kepada negara.

menanda pangkah pada yang salah
memberi markah tak berat sebelah
membuang contengan melekat diwajah
melukis cita tak kenal lelah
demi melihat bakat yang terserlah


Cerita Tentang Pintu

Sewaktu pulang dari meraikan hari bahagia seorang rakan, aku singgah untuk membeli air di kedai biasa. Pak cik kedai yang aku gelarkan wak melihat sambil tersenyum. Dia memang terkenal dengan sikapnya yang ramah tamah. Orang kata, kalau orang berbudi kita berbahasa. Prinsip yang aku bawa sehingga hari ini. Hormat yang lebih tua. Melihat pakaianku yang mungkin pada hematnya aneh dipakai pada hari cuti, membuatkan mulutnya bertanya. kan lebih baik bertanya dari tertanya-tanya.

wak: cantik-cantik ni nak pergi mana?
aku: baru balik kenduri kahwin rumah kawan.
wak: asyik pergi kenduri orang je, tuan punya bila lagi?
aku: (tersenyum) tak ada jodoh.
wak: bukan tak ada jodoh, semua orang ada jodoh.
aku: (terdiam sejenak) hehe, maksud saya, belum ada yang mintak saya      kat mak bapak saya
wak: macam mana nak ada kalau tuan punya tak cakap dah boleh mintak.
aku: (aku gelak) tak ada yang sudi lagi wak
wak: tipu kalau tak ada yang sudi... tak kanlah...
aku: iye... tak ada yang nak... hahaha (aku gelak selamba)
wak: macam mana nak ada orang kalau kau tutup pintu?
aku: (aku senyum)  insha ALLAH wak, nanti ada lah... cuma tak tahu        bila...balik dulu wak.

Aku terfikir, apa wak ni boleh tilik orang ke? Pelik benar bunyinya... Kalaulah wak tahu, pintu hati aku ni dulu pernah aku buka tapi bila ada angin sepoi-sepoi bahasa, pintu tu tertutup semula. Wak mungkin tak tahu, lepas peristiwa angin sepoi-sepoi bahasa aku masih cuba buka pintu yang sama. Kali ini, bukan angin lagi, puting beliung melanda. Pintu tu tertutup sangat kuat. Sikit lagi pintu tu nak roboh. Masa puting beliung tu lah, ada orang sesat, dia terkurung sebab pintu tu dah susah nak buka. Aku tanya dia, macam mana dia boleh sesat, kenapa tak cuba keluar? Sayangnya, dia langsung tak pedulikan aku. Dia diam membisu. Sebab aku tak nak tengok dia terus bingung dan tertanya-tanya keberadaannya, aku bukakan pintu tu  supaya dia boleh keluar dengan senang hati. Aku tak harap orang sesat tadi tersesat lagi. Sebab pintu ni susah nak buka. Kuncinya hilang dan tuannya lupa buat pendua.

Kalau nak buka juga mungkin ada satu cara, jadilah pencuri yang bijaksana. Gunalah apa juga cara yang penting jangan dirosakkan tombol pintu. 


Friday, 17 October 2014

Dewasanya Si Kecil


Cerita Dia

Dia sering bercerita
Kisah teladan jadi pilihan
Dia mahu kau ambil pengajaran
Bukan sekadar berangan-angan.

Ingat lagi kisah Mat Jenin?
Punyai impian hebat
Menjadi usahawan pilihan tepat
Sayangnya berangan salah tempat.

Bagaimana pula cerita Pak Pandir ?
Nampak seperti pengkaji hebat
Banyak berfikir sebelum bertindak
Bodohnya lebih nampak dari bijak.

Tahu kisah Si Luncai?
Hanya seorang pemuda yang bergurau dengan raja
Sehingga raja murka
Hukum bunuh yang diterima.

Pernah dengar kisah Sang kancil?
Sang kancil yang menipu buaya
Kancil digambarkan sebagai bijaksana
Bijak memperguna yang lebih berkuasa.

Banyak lagi cerita dia
Yang tak pernah berubah
Untuk membentuk anak bangsa
Sikitpun dia tak mengalah.

Thursday, 16 October 2014

Bapak

Ini bukan cerita zaman P.Ramlee, zaman Tok Kaduk jauh sekali
Ini cerita zaman kini tentang seorang lelaki yang aku panggil bapak
tentang seorang lelaki yang wajahnya tenang, air mukanya garang.

Rahsia, ya... bapakku perahsia orangnya
ceritalah apa jua kepadanya, tak kan terbocor dari bibirnya
kerana perahsianya dia, 
hatinya, mindanya sukar diteka
pernah suatu ketika, aku ditanya siapa idolaku?
aku menjawab "bapak". 
bukan kerana sikapnya yang perahsia
tapi kerana tenangnya wajah seorang bapak
dan kerana dia penenang yang paling bijak
dia pengatur kata yang emosinya terjaga
malah, disebalik air muka yang garang,
bapakku sebenarnya periang.
dia tukang ketawa mendengar cerita anak-anaknya
dia tukang senyum bila anak-anaknya bergurau senda
tapi dia paling marah kalau bising sewaktu dia menonton berita.

bapaku seorang perangsang yang tenang
tiap kali dia ke sekolah wajahnya tak pernah gundah
itu kerana dia percaya anak-anaknya sudah buat sehabis daya
tiap kali mendengar komen cikgu tentang sikap anak-anaknya di sekolah
dia tak pernah resah
itu kerana dia tahu, yang buruk dapat diubah
pernah suatu ketika cikgu mengadu padanya tentang aku yang tidur di sekolah
dia, tiada riak marah,
jika ada mana-mana pelajaranku yang dikatakan lemah
dia hanya memandang...
dan sewaktu pulang, 
tidurku di sekolah jadi bahan gurauan
tiap yang lemah dia suruh tingkatkan.
kata bapakku, tiada beza aku dengan anak-anak orang lain
kerana mereka makan nasi, tak makan benda-benda pelik...
aku ketawa, sindirannya nampak tenang tapi ada makna

makna yang jika dirungkai dengan kata,
panjangnya mungkin berjela.

bapakku sederhana orangnya
apa yang ada, diguna dengan sebaiknya
walau buruk, walau cabuk, padanya ada nilai estetika
kerana waktu kecilnya bukan seperti kita
khabarnya, bapakku tidak membesar dengan bonda
khabarnya, dia didera
tapi itu cuma khabar yang aku dengar
bapakku tak pernah bercerita.
segala jerit perihnya juga tak pernah dikata
untuk membesarkan enam kesemuanya
aku tahu,  dia berbagi tenaga
untuk menyekolahkan enam kesemuanya
dia sanggup menggadai nyawa
bapakku yang perahsia sangat sukar untuk diduga
sayangnya macam biasa-biasa
tapi dia bapak sempurna yang ALLAH cipta.

dan aku  gembira kerana aku punya mereka
bapak, emak, abang2 dan adik-adik.




Wednesday, 15 October 2014

UTAMAKAN CINTA PENCIPTA SEBELUM KAU BERTEMU CINTA MANUSIA


kata orang, cinta itu ketawa dan air mata,
sebagaimana kamu mencintai Tuhanmu... ALLAH
kamu ketawa gembira di atas nikmatNYA
dan kamu menangis ketika mengadu kepadaNYA

ALLAH yang pertama
kedua, menyusul rasulnya
seterusnya cintai ibu bapa
dan jangan lupa saudara-saudaramu
malah sahabat handai. 

cinta, kepada manusia,
akan sampai masa, ajal menjemputnya
kerana itu, cinta manusia akan kecewa
maka cintai ALLAH sesungguh-sungguhnya.

mungkin pernah terjadi dalam hidupmu
Saat kamu mulai mencintai seseorang, kamu ditinggalkan…
Saat kamu sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika kamu mulai merasakan bahagia, kamu dicampakkan…
Ketika kamu sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…

Kamu bertanya pada Tuhan:
“Ya Tuhan... Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Tuhan Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Tuhan:
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

maka, percayalah,tiba saatnya kamu akan dipertemukan dengan pemilik tulang rusukmu... janji ALLAH itu pasti.

~>>Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) <<~

kredit to: bercinta selepas nikah (fb page)

Tuesday, 14 October 2014

Kau pernah ke? Aku memang pernah.



Kau pernah ke mencintai seseorang,
Sedangkan kau tahu dia sudah berpunya
Walaupun kau tahu cintamu tak mungkin berbalas,
Tapi kau tetap mencintai dia

Kau pernah ke sanggup melakukan apa saja
Untuk orang yang kau sayang
Walaupun kau tahu dia tak pernah peduli
Atau dia peduli
Dia mengerti
Tapi dia tetap pergi

Kau pernah ke berasakan kehebatan cinta
Tersenyum bila terluka
Menangis bila bahagia
Bersedih bila bersama
Dan ketawa bila terpisah

Aku pernah,
Aku pernah,
Aku memang pernah

Aku pernah,
Tersenyum saat aku terluka
Kerana aku yakin
Tuhan tidak menciptakan dia untukku
Dia memang terlalu baik untukku
Dan aku tidak layak untuknya

Aku pernah,
Menangis kerananya
Kerana aku takut
Kebahagiaan cinta ini hilang begitu saja

Aku pernah
Bersedih bila bersamanya
Kerana aku takut
Suatu saat nanti
Aku akan kehilangan dia

Dan
Aku juga pernah
Ketawa saat berpisah
Kerana aku baru terfikir
Kenapa aku cuba mencintai dia
Sedangkan dia terlalu sempurna

Dan
Kerana semua kepernahan yang aku lalui
Adalah bukti kasih sayangku
Yang membuat aku lupa
Siapa aku untuk mencintai dia.


editor: si cantik
hak milik: tak diketahui
sumber: abang saya


Taubat

penyesalan terhadap dosa semalam...
tuhan tidak berlaku kejam, 
taubat hambanya akan diterima,
dengan benar-benar penyesalan.





















kredit to: Telaga Biru Fan Club

Yang Aku Panggil Emak


saat mataku terkebil-kebil menahan tangis yang kian membuat jiwa sesak dan hatiku sebak, saat nafasku sudah tercungap-cungap tidak mampu lagi untukku tahan kerana air dari kolam mata ini kian menolak-nolak seolah-olah berlumba untuk keluar dari tubir mata, yang sempat terlintas di fikirku hanya emak. mendengarkan suara emak saat aku aku tak mampu berlari mahupun berdiri seperti pemberi tenaga yang mencurah-curah, seperti menyalurkan kuasa yang hebat ke segenap urat nadiku dan membuatkan ototku teguh menahan beratnya beban perasaan. 
ketika aku kecewa dengan kegagalan demi kegagalan, yang aku inginkan cuma mendengar suara emak. cukuplah hanya mendengar suara emak yang seolah-olah mengalirkan arus elektrik memberi renjatan agar aku tidak terus jatuh dan ketakutan. cukuplah dengan hanya mendengar suara emak, segala sesak nafasku dan sebak hatiku tertahan. air mataku hilang dibawa pergi bersama setiap patah yang keluar dari seulas bibir milik emak.

kata emak, aku anak pelawan.
kerana apabila berdepan,
setiap tutur kata emak mendapat bidasan,
terkadang air matanya bercucuran.
bohong, jika di hatiku tiada sekelumit penyesalan
orang mungkin kata, kerasnya hati dia...
tapi, yang mereka tak pernah tahu,
setiap sedu-sedan yang keluar dari tangis emak
adalah tangisku jua, 
hatiku kecilku menjerit, meraung...

ya emak, aku anak pelawan
kerasnya hatiku sukar dilenturkan,
malah aku juga bukan anak yang menyenangkan,
ketahuilah emak, setiap patah katamu yang aku bidas,
bukan kerana aku marah, dan berniat menderhaka,
tapi kerana kita punya pemikiran yang berbeza,
mungkin faktor peredaran masa dan usia.

emak, ketika kau bercerita 
dan aku hanya mendengar tanpa patah kata,
itu kerana aku mahu saat itu menjadi ingatan,
saat kau bercerita dan jawapanku hanya "biarkan"
aku tahu, kau terasa aku tak mahu mendengarkannya.
bukan emak, bukan seperti sangkamu.
aku begitu kerana disetiap kesakitan yang engkau rasakan,
aku turut juga sakit,
disetiap keperitan yang orang lontarkan, 
aku turut merasa perit, 
dan disetiap tawamu, aku mahu terus begitu.

jika satu dunia mencaci mencerca emak,
aku ada, aku akan selalu ada.
biarlah emakku nanti tua dan tak bermaya,
aku akan tetap setia...
kerana, aku ini dia yang dulu keluar dari rahim kecil milik emak
aku juga adalah dia yang pernah makan dari suapan demi suapan tangan emak, darah yang mengalir juga aku warisi dari emak.
malah susu yang menjadikan aku sihat seperti ini juga milik emak.

jadi, bagaimana pelawannya aku 
aku anak emak
kerana persamaan tingkah, buat aku dan emak bercanggah
tapi percayalah, setiap yang bercanggah, tidak pernah memisah
malah, sayang semakin bercambah.


rindu, pelukanmu...

Monday, 13 October 2014

sedarkah kita?

Kadang-kadang kita tak penah sedar atau tak penah tahu pun bahawa ada orang yang sentiasa ambil berat pasal kita.

  • §  Dia perhatikan kita dalam diam..
  • §  Dia bukak wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru kita...
  • §  Dia baca setiap komen dalam post kita...
  • §  Dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dengan org  lain...
  • §  Dia cadangkan jalan penyelesaian yang membina...
  • §  Dia tag ilmu-ilmu yg bermanfaat kat wall kita...
  • §  Dia bagi kata-kata semangat bila kita down...
  • §  Dia selalu ada di belakang kita, walhal kita tak sedar pun tentang kehadiran dia...


 ingat, perancangan kita mungkin kelihatannya baik pada mata kita, namun  perancangan Allah jauh lebih sempurna untuk kita.

kredit to: Laiba Arissa

Sunday, 12 October 2014

sebab kita kawankan???


orang kata, kalau kawan lelaki dan perempuan akan wujud perasaan
betul ke? jawapannya tanya pada hati sendiri.
mungkin kita tak pernah sedar yang kawan baik kita tu adalah manusia terpaling baik
dan yang terpaling memahami.
kita juga mungkin tak pernah sedar yang kawan baik kita tu sayangkan kita.
sebab, kita sibuk nak kejar cinta si dia yang kita pun tak tahu sebenar cinta.
kita sibuk cerita pasal si dia dekat kawan baik kita
dan untuk tidak melihat kita kecewa dan berair mata, kawan baik kita selalu sedapkan hati kita. kadang kita tak sedar waktu kita terluka, kawan baik kita selalu ada
mungkin kita tak tahu, kawan baik kita tak nak kita buat benda yang tak sepatutnya.
kita pun tak pernah sedar yang kawan baik kita selalu ungkap sayang dia kat kita.
yang kita tahu, kita nak setia pada si dia, biarlah air mata yang selalu kita rasa.
sebab terlalu sayangkan kita, kawan baik kita simpan je apa yang dia rasa.
sebab sayangkan kita juga, kawan baik kita selalu terluka.
kita tak sedar, siapa yang selalu buat kita ketawa...
kita tak sedar, siapa yang selalu jaga kita...
kita tak sedar, siapa yang selalu marah kita kalau kita tak makan...
kita tak sedar, siapa yang selalu pujuk dan tenangkan kita walaupun bukan salah dia...
dan kita memang tak sedar yang semua tu kawan baik kita yang buat
bukan si dia yang kita katakan hebat.
kita kawankan???

teman bicara

Teman bicara.
Mulanya bukan siapa-siapa
Menjadi akrab tiba-tiba
Kau teman yang selalu ada
Bersama ketawa dan air mata.

Mulanya hati tidak merasa
Kau terbeban dengan semuanya
Tapi kau teman bicara
Tetap dan selalu ada.

Kau manusia biasa
Tapi sahabat yang luar biasa
Menggantikan rasa kecewa
dengan ketawa ria.


Mungkin bukan bintang
Tapi tetap terang
Kau bukan bayang-bayang
Tapi kau seseorang.



nukilan pertama buat seorang teman baik.
sayang awak sangat

Bahtera Puteri Sedozen


luahan bunga

sedih, sedih, sedih…
bagaimana harus aku melampiaskan rasa ini. Rasa yang hadir bila melihat si bunga bertikam lidah kerana kumbang durjana. Wahai bunga, berbaloikah semuanya?
Bagaimana pula aku harus menegur si bunga? Sedangkan aku juga bunga yang pernah membuat kesilapan. Aku juga bunga yang hampir layu kerana si kumbang.
Bunga,
Bukankah kau cantik menghias laman
Malah kau menghiasi taman
Bunga,
Bukankah kau warna-warna kehidupan
Malah memberi seri dan kesegaran
Jadi mengapa bunga? Mengapa kau jadi taruhan antara ribuan kumbang? Biar bunga...
biar kumbang terus menyapa. Jangan layu kerananya. Biar bunga... kumbang itu Cuma sementara, jangan ditinggalkan duka padamu bunga.