Dia sering
bercerita
Kisah teladan jadi
pilihan
Dia mahu kau ambil
pengajaran
Bukan sekadar
berangan-angan.
Ingat lagi kisah
Mat Jenin?
Punyai impian hebat
Menjadi usahawan
pilihan tepat
Sayangnya berangan
salah tempat.
Bagaimana pula
cerita Pak Pandir ?
Nampak seperti
pengkaji hebat
Banyak berfikir
sebelum bertindak
Bodohnya lebih
nampak dari bijak.
Tahu kisah Si
Luncai?
Hanya seorang
pemuda yang bergurau dengan raja
Sehingga raja murka
Hukum bunuh yang
diterima.
Pernah dengar kisah
Sang kancil?
Sang kancil yang
menipu buaya
Kancil digambarkan
sebagai bijaksana
Bijak memperguna
yang lebih berkuasa.
Banyak lagi cerita
dia
Yang tak pernah
berubah
Untuk membentuk
anak bangsa
Sikitpun dia tak
mengalah.
No comments:
Post a Comment