perjalanan kehidupan
Sunday, 16 November 2014
KERANA JODOH
Aku mengharap jodoh yang datang dari ALLAH
kerana itu, aku berhenti mempermainkan hati-hati mereka yang ikhlas
aku mula merasakan yang aku perlu menyerahkan urusan jodohku kepada tuhan (ALLAH). Di satu saat, aku cuba menutup pintu hatiku dengan rapat, agar tiada siapa yang dapat masuk, mahupun singgah sebentar.
Namun, fitrahnya manusia seperti aku memerlukan teman, sekurangnya untuk berbicara. dan adakala, aku merasakan bahawa aku sudah bersedia untuk memikul amanah sebagai seorang isteri dan ibu suatu masa nanti. Dan kerana rasa itu datang dari Allah, aku memohon juga pada ALLAH. Istikharahku tak bertemu jawapan. Namun dalam diam, ALLAH hadirkan seorang insan, walau dia masih bertatih di hatiku tapi aku tak harus menolak dia membabi buta. Aku harus tahu bahawa jodoh yang ALLAH hantarkan tak kira siapa mahupun di mana. Cuma, Saat ini, aku buntu...
Apakah rasa dia sepertiku?
Apakah ikhlas dia bersamaku?
Mampukah dia manerima aku?
Baik burukku?
Mahukah dia memimpin aku?
Bolehkah dia terus bertahan dengan egoku?
Mampukah aku menjadi wanita penyejuk matanya?
Mampukah aku membawa syurga untuknya?
Mampukah aku membawa senyuman di bibirnya?
Dan bolehkah dia bahagia bila bersamaku?
Dan aku yakin suatu perkara, ALLAH tidak menghadirkan dia tanpa makna. aku pasti dia mungkin hadir dari doa-doaku, atau mungkin dari kifarah dosa semalamku. Kalau sekalipun dia tidak dihadirkan untukku, aku percaya pasti ada manusia yang telah dicipta khas untuk aku, sesuai dengan siapa diriku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment